Pages

Thursday, 22 September 2016

Apa itu Amniotic Band Syndrome?

Assalamualaikum...

Dah lama saya nak berkongsi dgn korang semua tentang "Amniotic Band Syndrome" atau singkatannya ABS. Mesti ada yang tertanya-tanya ape tu "Amniotic Band Syndrome" kan? Nanti saya terangkan yer....

Ni contoh ABS




Kenapa saya tulis entry berkaitan ABS ni? Sebab anak sulung saya merupakan salah sorang dari mereka yang ada ABS ni. So, saya nak berkongsi dengan korang tentang sindrom ni.




'Amniotic Band Syndrome' ni merupakan sejenis penyakit genetik. Seingat saya dalam keluarga memang takde yang macam ni. Tapi tak tau la kot tok nenek moyang dulu ade agaknye. Sebelah family husband saya pun takde. Tapi takpe la...kami redha dengan ujian Allah. Walaupun dengan jari macam ni tapi anak saya sangat cergas orangnye...

ABS ni terjadi bila selaput membrane dalam karung ketuban melilit dekat mana-mana bahagian badan bayi yang menyebabkan bahagian badan tersebut tidak dapat membesar dengan sempurna. Ni saya terangkan dalam bahasa mudah. Kalau guna bahasa medical kang ada yang kurang faham. kalau nak lagi faham meh tengok gambar kat bawah ni.


Image result for amniotic band syndrome

                                                            Macam ni la ABS terjadi.


Masa saya awal mengandung sampai la nak bersalin memang takde apa-apa masalah. Masa pergi 'scan' pun doctor takde cakap apa-apa pun. Semua normal. Tapi saya takde la nak buat 'scan' 3D. Rasa mahal kot dan tak perlu. Ok, bila saya bersalin dan 'nurse' tunjuk anak kat saya, saya cek semua tapi bila saya tengok keadaan tangan kanan anak saya, saya terkedu. Masa tu terfikir kenapa anak aku jadi macam tu? Dari seronok sebab baru dapat baby terus mood saya 'down'. Mujur tak meroyan je masa tu.....adoyaii...

Saya dan suami muhasabah diri mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi pada kami sekeluarga, sebab tu Dia uji kami. Tapi kami masih dikira bernasib baik sebab cuma jari tangan kanan saja. Tak melibatkan bahagian badan yang lain. Dia boleh lagi guna tangan kiri dia. Masa dalam pantang sedara mara, jiran-jiran semua tanya kenapa jadi macam tu. Terpaksa la terangkan satu-satu. Mujur akak nurse dik.....so, boleh la kawal diri lagi dari meroyan (sebab akak keje kat wad sakit mental).....hahahaha

Lama-lama, saya dah lali bila orang tengok anak saya. Ada yang berkerut muka, ada yang cakap kesian, ada jugak yang mendoakan yang baik-baik untuk dia (terima kasih...). Bila dorang buat macam tu saya cuma senyum je..... Tapi ada satu yang saya tak boleh terima, orang tu cakap anak saya jadi macam tu sebab atok die kalau salam orang suka picit jari orang yang disalam. Syirik dah cakap macam tu makcik oiii!! Tak percaya dengan ketentuan ALLAH.....

Anak saya membesar dengan sihat macam kanak-kanak lain. Dah 5 tahun pun umurnya. Kalau tengok dia main, ligat sangat. Orang tak perasan pun jari tangan dia macam tu. Dia sendiri panggil jari dia comel! Sekarang anak saya masih di bawah pemantauan doctor Ortopedik (pakar tulang). Mereka ada cadangkan buat pembedahan dengan mengambil 2 jari kaki untuk sambungkan ke jari tangan anak saya supaya dia boleh pegang barang dengan selesa. Tapi saya sekeluarga tak setuju dengan cadangan mereka. Biarlah begitu je keadaannye. Anak saya pun dah biasa dengan keadaan diri dia.

Ok, itu saja saya nak bebel sebab dah lama tak update ape-ape kat blog saya ni. Dah naik berkulat agaknye.....hihihihi. Jumpa lagi ya semua!!!




 

Sunday, 5 June 2016

سلامت مپمبوت رمضان المبارك سموا فمباچا...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

 دعن رنداه ديري ساي موهون ماعف اتس سگالا كلمهن، ككوراعن،كسيلافن دان كخيلافن انتارا كيت.

يع ترسيراة ماهوفون ترسورة، يع ترسمبوثي ماهوفون تراع تراعن، يع برنية ماهوفون تيدق برنية.

سگلا گوراون هثاله اونتوق معهيبوركن هاتي، بوكن مثاكتي هاتي سساما سنديري.

سموگا الله ممفرمودهكن عبادة فواسا كيت تاهون اني دان مندافت فاهلا سرت رحمة سفرتي مان يع دجانجيكن اوله الله. آمين... انشالله.

سلامة مثمبوت رمضان المبارك.

درفد
توان فوپا بلوع...😁

posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 May 2016

Assalamualaikum

posted from Bloggeroid

Monday, 4 April 2016

Semangat yg hilang

Assalamualaikum....

Dah lame blog ni tak ber'update'. Tak tau la nape....rse mcm takde semangat dah....

Wahai semangatku....datangla kembali padaku......

Wassalam

posted from Bloggeroid

Sunday, 6 December 2015

Promo Terlajak Kurus & Cantik Disember 2015

Assalamualaikum.....

Lambat nak announce pasal promo bulan ni....

Tapi mesti ade yg dah tau kan....

Ok bulan ni promo utk......

Lecithin
- Beli 7 pada harga 6
- Beli 2 diskaun 5%

Collagen
- Beli 7 pada harga 6
- Beli 2 diskaun 5%

Vitalea kids
- Beli 4 pada harga 3





Jom cepat2 dapatkan promo utk bulan ni.... Nak beli vitamin lain pun boleh.

Mahal???

Takpe.....vitamin boleh dibeli mengikut bajet anda.... Jangan risau yer....

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:


posted from Bloggeroid

Thursday, 19 November 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Gabungan 2015: Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan

Assalamualaikum...

Lama dah tak pos entry baru kat sini. Ok, entry kali ni saya nak cerita tentang misi bantuan yang saya sertai hari jumaat hingga ahad (30/10-1/11) lepas.

Kalau tgk tajuk tu mesti ade yg tanya gabungan dgn ape kan?

Misi ni adalah gabungan dari kelab-kelab 4x4 di Malaysia. Misi ni bertujuan untuk memberi sumbangan keperluan harian utk orang asli yg mana perkampungan mereka terletak jauh ke dalam hutan. Dan juga sebagai persediaan mereka utk menghadapi musim tengkujuh.

Bila musim tengkujuh, mereka susah nak keluar dgn keadaan jalan tanah merah yg teruk. Kami yg masuk dlm keadaan hujan renyai pun ambil masa nak sampai kat sana apatah lagi kalau hujan lebat.....susah dek non!!

Saya ni pertama kali ikut misi macam ni. Tu pun sebab suami saya aktif dgn kelab 4x4 dan pernah sertai misi bantuan ni tahun lepas di pos gob. Sampai tersadai kat sana 9 hari sebab terputus hubungan dan tak boleh keluar sebab banjir dan tanah runtuh.

First time pergi...rasa excited lain macam. Anak-anak pun excited gak. Excited sebab nak mandi sungai je punnn.....

Meh...saya nak kongsi gambar sepanjang saya berada di sana.. Check it out!!!







- pasang sticker kelab dulu sebelum offroad. Kelab husband saya (R.S.E 4x4 Adventure)

Kami gerak dari plaza tol Gombak lebih kurang jam 12.30 malam. Konvoi bersama dgn kelab 4x4 lain (MyLandy). Sampai kat R&R Gua Musang lebih kurang jam 4 pagi. Kat situ kami berhenti makan dan tidur sementara menunggu team2 lain sampai dari KL.














Nak dekat subuh baru team lain sampai. Masa dorang sampai saya tak ambil gambar sebab tgh layan ngantuk lagi...hehehe.

Lepas subuh team kami ke dataran Selandar ( kalau tak silap saya) utk sarap (bak kata org johor).

Kalau ikutkan saya tak suka sgt pagi2 sarapan nasi berlauk tapi sebab sarapan nasi kerabu....memang belasah je. Sebab sedapp!!

Kendian, kami berkumpul di IPD Gua Musang bersama dgn team lain utk pendaftaran & pengambilan baju. Tak memasal saya jadi bidan terjun jadi urusetia bagi baju....hahahaha

Dah la hujan renyai2....anak2 boleh pulak syok main air lecak. Abes basah baju tak dan masuk hutan lagi.....huhuhu

















Sebanyak lebih kurang 70 buah kenderaan 4x4 dan 10 biji motorsikal yg menyertai misi kali ni.

Perasmian dan flag off dilakukan oleh YB Dun Galas YB Ab Aziz Yusof. Kami bertolak ke Kuala Betis lebih kurang jam 12.30 tengahari dan bertolak masuk ke Pos Bihai lebih kurang jam 1.30petang (sempat lagi saya tido jap mase tengah tunggu semua team ade....hahahaha)






















[image_35

Macam2 cabaran masa dlm perjalanan dgn keadaan tanah yg basah. Team kami sampai ke perkampungan orang asli Pos Bihai lebih kurang jam 6.30 petang. Terus pasang khemah ape semua.

Dalam team R.S.E saya sorang je gegurl. So, orang lelaki la masak utk makan malam (aci tak?). Lepas makan sorang team mate goreng gitar die kami nyanyi reramai. Pastu semua zzzzzz......peenatttt!!!

Ok la....panjang benau dah entry ni. Nanti saya sambung lagi utk hari kedua kat Pos Bihai.... Assalamualaikum..

# tq sebab sudi baca

posted from Bloggeroid

Wednesday, 7 October 2015

Promo Meletup Oktober 2015

Assalamualaikum...

Dah 7 hb hari ni dan maknanya dah 7 hari promo meletup shaklee utk bulan ni.

Nak tau ape promo meletup tu? Meh kak kiah nak cite.

Promo GLA Complex

Beli 7 pada harga 6
Beli 2 diskaun 5%



Ade lagi...

Promo Omega Guard

Beli 7 pada harga 6
Beli 2 diskaun 5%



Haaa...yg ni paling meletup uollss... Tak penah shaklee buat promo macam ni....

Clearance stock Vitamin E
Beli 2 dapat diskaun 50%




Haa....berbaloi ke tak??

Jom...cepat2 grab promo ni!!
Tinggal 24 hari lagi yer untuk korang beli pada harga promo...

Pertanyaan lanjut
Liyana Ali
012.676.7353
COD area PPUM, Pantai Dalam, Kerinchi, Taman Medan, sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam

posted from Bloggeroid