Pages

Saturday, 20 June 2015

Vitamin C - Kolagen murah untuk kulit

Assalamualaikum...

Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil dan popular oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya?

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid. Keperluan minima yang disyorkan adalah 500mg sehari.

Kenapa kita perlukan vitamin C ini ?? Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi. 

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis. 


Vitamin C sangat tidak stabil -  Oleh itu, ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oksidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin c tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin C larut dalam air - Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.

Pengambilan vitamin c dengan bioflavonids boleh menggalakkan penyerapan vitamin c dengan lebih berkesan di dalam tubuh badan kita.



Kesan kekurangan vitamin c

- Pendarahan dalaman dimana terdapat tanda lebam biru hitam di bahagian badan.
- Gusi berdarah dan tidak kuat.
- Rasa letih
- Saluran darah kecil senang pecah
- Luka lambat pulih
- Penyakit anemia

Siapa yang perlukan Vitamin C?

- Perokok

- Pesakit kanser
- Pesakit rheumatoid arthritis
- Orang yang mengalami batuk, selsema
- Orang yang mementingkan kecantikan
- Ibu mengandung dan menyusukan

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.




Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.















Harga: RM 92.50 (180 biji)
Tahan selama 6 bulan

Jika anda ingin mencuba vitamin c shaklee boleh hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

Atau anda boleh klik disini untuk membeli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit anda. Kemudian, sms/whatsapp/telegram butiran anda seperti:
- Nama
- No.telefon
- Jenis supplemen yang dibeli

Ini untuk memudahkan saya memberi panduan cara pengambilan yang betul dan konsultasi terbaik saya berikan kepada anda.





Sebarang pertanyaan
WhatsApp/ Telegram
Liyana Ali
012-6767353

COD ke PPUM, Petaling Jaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia dgn Poslaju


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment