Assalamualaikum...
Sebelum ini saya ada tulis tentang kebaikan vitamin c. Kali ini, saya nak bagitahu tentang kebaikan Vitamin E pula.
Gabungan vitamin c dan vitamin e untuk kecantikan memang diakui ramai. Ramai yang dah mencuba dan mendapat hasil yang memuaskan.
Ramai memilih untuk mengambil vitamin E terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan kulit dan wajah. Di samping mencantikkan kulit wajah,ia boleh boleh membuatkan wajah si pengamal berseri-seri. Malah, Vitamin E ini juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia merendahkan paras kolesterol. Untuk pengetahuan anda, Vitamin E adalah vitamin larut lemak.
Jom kita fokus kelebihan Vitamin E untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Kelebihan Vitamin E Untuk Kesihatan
Kelebihan Vitamin E yang kebanyakan orang tidak tahu adalah ia dapat melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat,bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas.
Kelebihan Vitamin E juga adalah ia dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membantu mengatasi tekanan,meningkatkan kesuburan,meminimumkan risiko kanser dan juga penyakit jantung.
Semua Vitamin E adalah antioksidan dan banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas.
- Mengatasi Masalah Pre-Menstrual
Bagi anda yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
Kelebihan Vitamin E Untuk Kecantikan
Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.
Parut selalunya terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan dan juga akibat jerawat. Kelebihan Vitamin E ini adalah ia mampu mengurangkan kesan parut kerana ia akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit.
Jeragat pada kulit berpunca oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin E disapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.
Vitamin E adalah satu rawatan berkesan untuk kutikel kering dan merekah. Minyak Vitamin E akan melembabkan dan juga mengurangkan masalah kuku dan kutikel kering
Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pastinya kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran,ia akan membuatkannya menjadi semakin gelap. Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten,ia akan membantu kawasan gelap tersebut mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Malah parut stretch mark juga akan semakin pudar.
Sumber makanan yang mengandung vitamin E cukup banyak dan bervariasi dan bukan saja dari jenis kacang-kacangan tetapi juga daripada sayuran dan buah-buahan.
Antara senarai sumber makanan yang mengandungi Vitamin E adalah:
- Kacang Almond.
- Kacang Tanah.
- Kacang Pinus.
- Paprika Merah.
- Biji Bunga Matahari.
- Buah Zaitun.
- Aprikot Kering.
- Buah Kiwi.
Vitamin E boleh diambil oleh lelaki dan wanita.
Vitamin E Shaklee yang sekarang ni dah ditambah dengan ekstrak biji anggur. Apa kebaikan biji anggur ni sampai Shaklee tambah dalam vitamin e ni? Jom saya kongsikan kebaikan biji anggur pula.
- Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
- Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C . Dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan dan yang best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
- Melambatkan penuaan.
- Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya.OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini jugamembantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
Nampak tak tu......biji anggur ni pun elok untuk kecantikan kulit. So, apa lagi....jom grab vitamin e untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran anda.
Atau pun anda boleh klik disini untuk membeli secara online dengan menggunakan kad kredit/debit anda. Kemudian, sms/whatsapp/telegram butiran anda seperti:
- Nama
- No. telefon
- Jenis supplemen yang dibeli
Ini untuk memudahkan saya memberikan konsultasi yang terbaik kepada anda dan memberi panduan tentang cara pemakanan yang betul.
Sebarang pertanyaan
WhatsApp/ Telegram
Liyana Ali
0126767353
COD ke PPUM, Petaling Jaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia dgn Poslaju
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit