Pages

Thursday, 19 November 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Gabungan 2015: Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan

Assalamualaikum...

Lama dah tak pos entry baru kat sini. Ok, entry kali ni saya nak cerita tentang misi bantuan yang saya sertai hari jumaat hingga ahad (30/10-1/11) lepas.

Kalau tgk tajuk tu mesti ade yg tanya gabungan dgn ape kan?

Misi ni adalah gabungan dari kelab-kelab 4x4 di Malaysia. Misi ni bertujuan untuk memberi sumbangan keperluan harian utk orang asli yg mana perkampungan mereka terletak jauh ke dalam hutan. Dan juga sebagai persediaan mereka utk menghadapi musim tengkujuh.

Bila musim tengkujuh, mereka susah nak keluar dgn keadaan jalan tanah merah yg teruk. Kami yg masuk dlm keadaan hujan renyai pun ambil masa nak sampai kat sana apatah lagi kalau hujan lebat.....susah dek non!!

Saya ni pertama kali ikut misi macam ni. Tu pun sebab suami saya aktif dgn kelab 4x4 dan pernah sertai misi bantuan ni tahun lepas di pos gob. Sampai tersadai kat sana 9 hari sebab terputus hubungan dan tak boleh keluar sebab banjir dan tanah runtuh.

First time pergi...rasa excited lain macam. Anak-anak pun excited gak. Excited sebab nak mandi sungai je punnn.....

Meh...saya nak kongsi gambar sepanjang saya berada di sana.. Check it out!!!







- pasang sticker kelab dulu sebelum offroad. Kelab husband saya (R.S.E 4x4 Adventure)

Kami gerak dari plaza tol Gombak lebih kurang jam 12.30 malam. Konvoi bersama dgn kelab 4x4 lain (MyLandy). Sampai kat R&R Gua Musang lebih kurang jam 4 pagi. Kat situ kami berhenti makan dan tidur sementara menunggu team2 lain sampai dari KL.














Nak dekat subuh baru team lain sampai. Masa dorang sampai saya tak ambil gambar sebab tgh layan ngantuk lagi...hehehe.

Lepas subuh team kami ke dataran Selandar ( kalau tak silap saya) utk sarap (bak kata org johor).

Kalau ikutkan saya tak suka sgt pagi2 sarapan nasi berlauk tapi sebab sarapan nasi kerabu....memang belasah je. Sebab sedapp!!

Kendian, kami berkumpul di IPD Gua Musang bersama dgn team lain utk pendaftaran & pengambilan baju. Tak memasal saya jadi bidan terjun jadi urusetia bagi baju....hahahaha

Dah la hujan renyai2....anak2 boleh pulak syok main air lecak. Abes basah baju tak dan masuk hutan lagi.....huhuhu

















Sebanyak lebih kurang 70 buah kenderaan 4x4 dan 10 biji motorsikal yg menyertai misi kali ni.

Perasmian dan flag off dilakukan oleh YB Dun Galas YB Ab Aziz Yusof. Kami bertolak ke Kuala Betis lebih kurang jam 12.30 tengahari dan bertolak masuk ke Pos Bihai lebih kurang jam 1.30petang (sempat lagi saya tido jap mase tengah tunggu semua team ade....hahahaha)






















[image_35

Macam2 cabaran masa dlm perjalanan dgn keadaan tanah yg basah. Team kami sampai ke perkampungan orang asli Pos Bihai lebih kurang jam 6.30 petang. Terus pasang khemah ape semua.

Dalam team R.S.E saya sorang je gegurl. So, orang lelaki la masak utk makan malam (aci tak?). Lepas makan sorang team mate goreng gitar die kami nyanyi reramai. Pastu semua zzzzzz......peenatttt!!!

Ok la....panjang benau dah entry ni. Nanti saya sambung lagi utk hari kedua kat Pos Bihai.... Assalamualaikum..

# tq sebab sudi baca

posted from Bloggeroid