Pages

Sunday, 6 September 2015

MySG Gathering & Recharge 2015 @ Bayou Lagoon Park Resort Part 1

Assalamualaikum....

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk saya cerita pasal gathering yang dianjurkan oleh upline Shaklee saya, Mommy Hasanah. Gathering ni diadakan dgn tujuan utk mengeratkan silaturrahim sesama ahli kumpulan selain recharge ilmu dgn master2 yg hebat. Maklumla....ahli2 group kami bukan dari 1 negeri. Boleh dikatakan semua negeri ade la. Tapi kebanyakan yang hadir ahli2 yang berada berdekatan dengan Melaka.

Masa gathering ni, master2 yang otai datang ke sini dan berkongsi ilmu mereka dengan kami. Yang bestnya pasal Shaklee ni, kami sentiasa menyokong antara satu sama lain utk sama2 berjaya.

Ok la, taknak bebel panjang....saya nak kongsikan gambar2 sepanjang gathering ni. Tak la banyak mane pun tapi ok la utk buat kenang-kenangan...





                                           


                                  Ni la mommy saya, Mommy Hasanah yg cumill...


                                                 Antara ahli yang hadir


Respek dengan Kak La. Jauh datang dari Kuching, Sarawak semata-mata nak join gathering dan cedok ilmu kat Melaka. Datang berdua dgn anak je. Yg sebelahnya, Ayu. Datang dari Kelantan. Dahla tgh sarat tapi gigih datang sebab nakkan ilmu. Tabik kat kamu berdua.


Keadaan biasa di mana2 saja majlis shaklee, sharing sambil dukung anak. Bisnes shaklee ni bisnes keluarga.





                                   Talk by Master Firdaus


                                Ni nanny saya, Master Iffah a.k.a MIA





                               Ni 'moyang' shaklee saya, Master Hj Roslan


                      Penyerahan cenderamata utk Master Hj Roslan


Gambar beramai-ramai. Hari last ada pertandingan mewarna utk anak2. Amsyar dapat tempat yg last sekali. Takpe la, dapat hadiah jugak. Saja nak buat meriah majlis. Oh ye, masa sharing dari upline2 kami, anak2 kami riuh main kat belakang bilik seminar.Siap main 'sembunyi ibu' lagi (anakku memang tak reti dok diam bile orang tgh ambik gambar)



Hadiah surprise dari mommy kat dalam bilik. Ada kad ucapan, choco rock, kain pelikat utk suami dan stokin utk saya. Paling best dapat COLLAGEN 3 sachet dari mommy.


Ni barang2 dalam goodie bag yg saya dapat. Ada tuala, tamar cocoa, shaker, pillbox, CINCH TEA dan NUTRIFERON.


Mommy pun ada sediakan vitamin2 lain macam Lecithin, Alfalfa, B Complex, Omega, Nutriferon, Cinch Tea, Vita-Lea (dewasa & kanak2), Vitamin C, Vitamin E & ESP. Paling best boleh minum VIVIX free flow uollssss!!! Best ke tak best?

Ok, sampai di sini saja. Nanti saya sambung Part 2 pulak yer.....


Saturday, 5 September 2015

Tips Untuk Anak Kemas Kembali Mainan

Assalamualaikum....

Anak2 kalau main mainan dorang mesti tak sah kalau tak bersepah kan? Kadang2 mak dah kemas anak sepahkan balik. Mak2 pulak jadi singa....yela, penat kemas sepah balik. Sama la macam saya. Baru jer kemas anak2 tuang balik bakul mainan dorang, dah sepah. Tengah menaip ni pun amsyar tengah tuang bakul mainan dan ajak asyraf main.

Saya dapat tips ni secara tak sengaja. Satu hari tu lepas balik keje, macam biasa anak2 dah sampai rumah, dorang tuang bakul mainan. Saya ni dah la letih so, biarkan je mainan tu bersepah. Lantak la situ nak oiii!!!

Malamnye sebelum tido, saya saje la suruh anak2 kemas balik mainan. Tanpa memberontak, terus je abang dgn adik kemas balik mainan dorang. Memang bersih. Semua mainan anak2 letak balik dalam bakul. And ofkos la ibu kene ada kat situ dan tolong sikit2.

Esoknya, saya buat lagi macam tu. Memang berkesan la. Happy dah hati ni. So mak2 kat luar sana, kalau anak main mainan sepah2....biarkan la dorang main sampai puas. Dah puas main, bila kita suruh kemas, in sha Allah dorang akan dengar cakap kita. Biar la rumah sepah sikit asalkan mak tak jadi singa setiap masa...

Sekian tips dari saya. Semoga bermanfaat......



                                                Amsyar & Asyraf
posted from Bloggeroid

Friday, 4 September 2015

Promo ESP lagi!!!!

Assalamualaikum.

Nampaknya shaklee memang sayang sangat dekat pelanggan setia mereka. Mana taknye....tahun ni je dah 2 kali promo ESP. Last promo bulan Mac lepas. Hot seller la katakan.

Sesiapa yg dah cuba ESP memang terus melekat. Sekali beli sampai 2 tong. Bila ada promo lagi byk tong la dorang pakat rembat.

Promo ESP

BELI 7 PADA HARGA 6
BELI 2 DISKAUN 5%

Murah ke murah?

Nak tau boleh hubungi saya. Harga terbaik saya bagi. Siap ada FREE GIFT lagi tau....




Pertanyaan
WhatsApp/ Telegram
Liyana
012-6767353

COD area PPUM, Pantai Dalam, Kerinchi, Taman Medan, Petaling Jaya, Shah Alam
posted from Bloggeroid

Thursday, 3 September 2015

Bagaimana cara menjaga kesihatan semasa jerebu??

Assalamualaikum...

Sekarang ni Malaysia dilanda jerebu. Bila jerebu melanda, segala aktiviti luar terpaksa dikurangkan sebab kualiti udara kurang baik. Sekarang ni kalau keluar rumah, nampak pemandangan semua berjerebu (eh, betul ke aku cakap nie???). Kadang2 boleh bau asap......sakit hidung dibuatnya.

Bila jerebu, tahap kualiti udara diukur dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Apa itu IPU?

Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU:
Nilai IPUStatus Kualiti UdaraDiskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Bahaya
Orang ramai terjejas
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
(sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia)


So sekarang, kene la jaga kesihatan anda dan keluarga terutamanya yang ada anak kecil Saya dan anak2 pun dah mula sakit tekak dan batuk2. Padahal baru je baik batuk dengan selsema. Nampaknye terpaksa telan nutriferon balik (eh, terpromote pulak....hihihi).

Ok, sampai disini saja. 

Assalamualaikum........

Wednesday, 2 September 2015

Alfatihah buat nenda tersayang

Assalamualaikum....

Hari ni hari ke 4 nenda kesayangan meninggalkan kami semua.

29/8/2015

Dapat berita tentang kematian nenek dari adik. Memang terkejut dan terus terduduk kat dapur tak boleh nak bgn. Bagitau dekat suami dan terus siap2 nak balik johor.

Mak, abah dgn makcik pulak bila dapat berita, terus bertolak balik ke johor dari kedah. Dorang ke kedah sebab hantar sepupu saya berkahwin. Memang sedih....kami terima org baru dalam family tapi dalam masa yg sama nenek tinggalkan kami semua.

Kami bertolak ke johor lepas zohor. Pakcik ckp nenek akan dikebumikan lepas asar. Time tu rasa macam nak cepat sampai je tapi nak buat camne....jalan jem dari sg besi sampai la ke senawang. Lepas sempadan melaka-n9 baru jalan 'clear'.

Sepanjang perjalanan tu abg sepupu buat live update kat group whatsapp, so mane yg tak dapat balik or yg tgh on da way balik dpt la tgk. Tenang wajah nenek masa dikapankan. Macam org tgh tido. Sygnye, saya tak sempat nak tatap dan cium wajahnye utk kali terakhir. Nenek dah selamat dikebumikan sebelum kami sempat sampai.

Kami sampai masa talkin tgh dibacakan. Inilah pertama kali saya hadiri majlis pengebumian dan dgr org baca talkin. Sebelum ni cuma tgk kat tv je.

Lepas ni, kami takde org yg nak dipanggil nenek. Last saya jumpa nenek masa raya. Masa salam dgn die, nenek pegang erat tgn saya. Allah, saya rindu dgn nenek.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 nenekku. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang2 yg beriman disisiMu...Amiinnn

Al-fatihah buat arwah nenda2 ku....





                          Kubur arwah nenek. Selang satu kubur dengan kubur arwah atuk              
                                           




posted from Bloggeroid