Assalamualaikum...
Sekarang ni Malaysia dilanda jerebu. Bila jerebu melanda, segala aktiviti luar terpaksa dikurangkan sebab kualiti udara kurang baik. Sekarang ni kalau keluar rumah, nampak pemandangan semua berjerebu (eh, betul ke aku cakap nie???). Kadang2 boleh bau asap......sakit hidung dibuatnya.
Bila jerebu, tahap kualiti udara diukur dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Apa itu IPU?
Sekarang ni Malaysia dilanda jerebu. Bila jerebu melanda, segala aktiviti luar terpaksa dikurangkan sebab kualiti udara kurang baik. Sekarang ni kalau keluar rumah, nampak pemandangan semua berjerebu (eh, betul ke aku cakap nie???). Kadang2 boleh bau asap......sakit hidung dibuatnya.
Bila jerebu, tahap kualiti udara diukur dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Apa itu IPU?
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU:
Nilai IPU | Status Kualiti Udara | Diskripsi |
---|---|---|
0 hingga 50
|
Baik
|
–
|
51 – 100
|
Sederhana
|
–
|
101 – 200
|
Tidak sihat
|
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
|
201 – 300
|
Sangat tidak sihat
|
Orang ramai terjejas
|
Lebih daripada 300
|
Bahaya
|
Orang ramai terjejas
|
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal–gatal pada tekak
- Gatal–gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
- Kanak–kanak
- Warga emas
- Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
- Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
- Perokok
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
- Kurangkan aktiviti luar.
- Jangan merokok.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
- Dapatkan nasihat perubatan.
- Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
- Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
- Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
- Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
(sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia)
So sekarang, kene la jaga kesihatan anda dan keluarga terutamanya yang ada anak kecil Saya dan anak2 pun dah mula sakit tekak dan batuk2. Padahal baru je baik batuk dengan selsema. Nampaknye terpaksa telan nutriferon balik (eh, terpromote pulak....hihihi).
Ok, sampai disini saja.
Assalamualaikum........
No comments:
Post a Comment